Terima Kasih pd Kawan-kawan yg Sudi Tandatangan..(^-^)/
Pada kawan2 dan sesiapa yg dtg menyinggah di Teratak Amjad ni, jemputlah tandatangan guestbook ni ye. Moga ukhwah berpanjangan. Photobucket

Wednesday, December 16, 2009

Giveaway dari Coretan Anak Seni


Jom ramai2 join giveaway dari Kak Zila Kassim. Ada lima pouch, tapi ada jugak hadiah lain buat sesiapa saja yang join giveaway ni.
Moga murah rezeki kak zila.
Kak zila ni banyak jugak bagi tunjuk ajar kat saya dalam bidang jahitan dan kraf ni. Belajar melalui YM..hihi ^_^.
Oklah, sesiapa yg nak join boleh klik kat sini.
Thank you ^_^


Amjad di Wet World

Salam semua

Dah lama tak cerita psl Amjad, buah hati saya dan suami. Sekarang Amjad dah 17 bulan. Rambut makin kerinting..hihi:)

- dah pandai merajuk
- makin manja ngan abahnya.
- tahu angkat tangan utk doa.
- still tahu panggil abah je.
- angkat takbir utk solat bila dngar azan.
- suka menari (waktu kecik je ye)
- sebut 'nak' bila nak sesyatu benda
- kekadang sebut bababa, dadada, mamama..sebutan yg dia belajar dlm Al-Furqan.
- suka main bola, pandai sebut 'ball' bila tgk bola.
- sekarang, pantang tengok air..mula suruh buka baju. Takpun, nak terjun terus..huaa.
- dah pandai suruh tukar baju lain yg dia suka.
- pilih selipar/kasut yg dia suka pakai.

Seronok sangat Amjad dapat main air. Tapi ni main 1/2 jam je sbb datang lewat, dah nak tutup. Pastu nak hujan pulak. Tu pun dah mengigil sejuk.

Mula2 takut nak duduk, dah dapat duduk, bkn main lagi nak baring je terus.

Tak puas main kat Wet World, main dalam tub kat rumah jelah. Hihi..
Ni pun taknak keluar, jadi saya buka penutup air kat tub tu, bila air dah kering barulah dia nak keluar..hihi, Amjad-amjad ^_^

Friday, December 04, 2009

Printed Felt & New Craft


Printed felt kini dijual di kedai saya.
Berminat boleh singgah di Sweetlilcraft Shop.


Aksesori kereta yg ditempah oleh Adila.
Sepasang "bone pillow"
2 pasang seatbelt pad
1 sarung kotak tisu
1 keychain as a free gift.

Thanks for reading (^.^)

Wednesday, November 25, 2009

Ujian Allah..

Tahun ini banyak ujian yang Allah bagi. Alhamdulillah, ujian dan dugaan yang menimpa pastinya ia tanda kasih sayang Allah. Cuma saya mohon pada Allah, moga saya diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapinya. Selepas kejadian Amjad terkena demam sawan hari tu, suami saya pula kena chicken pox. Sebulan cuti sakit dan 2 minggu kena kuaratin dalam bilik.






Alhamdulillah, tak melarat kepada Amjad. Lepas kena chicken pox, suami saya bedah tonsil pulak. Sebelum ni dia asyik batuk dan selsema, syukur lepas bedah dah takde selsema dan batuk. Makan memang kena jaga, hari kedua lepas bedah dia batuk berdarah..risau saya dibuatnya. Ni sebab luka tak berapa elok lagi dan perlu makan makanan yang sejuk dan lembut. Ais krim tak elok dimakan, lagi buat tekak berkahak dan batuk..kalau batuk tu yg bahaya, takut luka balik tempat yg dipateri. Eloknya makan jeli yang berperisa lembut macam sirap/coklat, jangan yang masam atau tajam.

Dah elok tekaknya, sekali lagi suami saya sakit. Dia mengalami kecederaan lutut yg serius dan perlukan pembedahan. Ni gara-gara main badminton (- -). Sekarang masih pergi kerja tapi bertongkat. Malang tapak kakinya membengkak sebab tampung badan ketika berjalan. Insyaallah, mungkin buat pembedahan lepas raya haji ni.

Alhamdulillah, saya masih lagi sihat untuk menjaga Amjad dan suami. Memang bila suami sakit ni, kerja kita bertambah dan penat. Ibarat patah sebelah kaki jugaklah. Doakan moga saya sentiasa sihat, diberi kekuatan dan kesabaran menghadapinya.
Maaf juga pada kawan2 yang menempah beg dsbnya, saya mengambil masa yg agak lama dan lari dari waktu yg patut ia disiapkan. Biasanya suami boleh jaga Amjad bila dia balik kerja dan sy boleh siapkan tempahan. Bila jadi mcm ni, terpaksalah sy curi2 masa dan tunggu Amjad tidur baru boleh menjahit. Beberapa minggu yg lepas pulak sibuk dgn persiapan adik ipar nak kahwin, dah selesai yg tu hal ni pulak..huhu. Apapun, syukurlah..tak baik sy mengeluh.

Macamana dengan bedah lutut (ACL surgery) yg bakal dialami oleh suami saya?? Boleh tengok kt video ni..



Nak tengok mcmana bedah tonsil?? Yang ni dia dah kena.



Huhu..tak sanggup tengok.

Moga abang cepat sembuh, sihat seperti sediakala..aminn.
Ibu sayang abah.

New Header and Layout

Layout sebelum ni ada problem. Bila buka blog je ada error script, ntah apa yg silap jadi saya tukar layout baru tapi masih lagi putih. Saya godek2 sikit html bkn pandai sgt pun dan tukar bunga kat sidebar dgn pencil cute, buang divider dan kecilkan font..(^-^).

Header pun dah tukar..

Ni yang ke berapa tak ingat dah..

Pastu yang ni pulak.

Dan yg terbaru ini pulak. Tapi rasanya yg ni pun kejap je..tengah cari idea buat header baru. Hihi..

Ok..thanks for reading (*_*)!!

Thursday, November 19, 2009

Belajar Sulam Tangan


Hihi..bolehlah buat sikit2. Jadi nak share apa yang saya boleh buat.
Boleh tengok dan belajar kat sini ye.


Tuesday, November 17, 2009

Kotak Free



Nak buat kotak hadiah?? kat kedai ada jual tapi kalau dpt buat sendiri lagi jimat dan seronok. Sebab "handmade with care, love and thought" ni sweetlilcraft punya quote :) Lagipun, memang puas hati kalau dapat buat sendiri. Orang yang terima tu pun rasa lebih dihargai dan disayangi..ewahh :)
Sesiapa nak cuba buat boleh tengok kat sini dan sini atau sini.

Selamat berkraftangan (^_^)!!